Wednesday, March 3, 2010

Kerja Part Time

Dalam mengharukan kehidupan yang semakin mencabar dan kos sara hidup yang semakin tinggi, saya terpikir jugak kalau nak buat kerja Part Time. Tapi...ni antara perkara-perkara yang bersarang di kepala saya:

1. Kurang Masa dengan Keluarga
Mungkin masa saya dengan keluarga bakal berkurangan atas faktor letih @ buat kerja yang part time tu.

2. Lari "Family Planning"
Mungkin jugak, sebab biler ade kerja baru, bermaksud ade extra responsibilities...Hmm...takkan baru nak tunjuk prestasi yang baik, tetiba mengndung pulak. Pepaham je la..mengandung ni memang tak leh duga camne nanti. Emosi sensitif, badan cepat letih, satu lagi..mungkin kaki kejang la (as my 1st pregnancy dulu2...mana tahu)

3. No Chances Layan Movies Best
Ni yang tak best. Macam now, saya sangat suka tengok The Biggest Loser Asia, tak missed lagi. Plus, layan Discovery Channel malam-malam sambil berehat. Errr..will miss this part kalau buat part time malam - no more TV!

4. Tak Cukup Rehat!
This is the most important part i think, Health is Wealth!

Tapi...

Kerja Part Time boleh membantu saya:

1. Gain Extra Money
Biler ade extra money, maknanya saya boleh...

2. Shopping Dengan Gembiranya
Biler boleh shopping dengan gembira, maksudnya saya jugak mampu

3. Bayar Lebih Pada Hutang
Specially PTPTN....arrrghh..sungguh menghantui diriku bab ni!

4. Boleh Travel!
Ni paling best...biler travel, tambah pengalaman di tempat orang & mungkin leh merasa main salji!

5. Bagi Extra Money to My Mum!
This is the utmost part that i really want to do it. But for time being can't give so much. Sekadar mamapu jika ade lebih RM bulanan.. :s

6. Boleh Tolong Orang Susah
Bab ni adalah peringkat tertinggi yang mungkin saya boleh capai, kalau dah jadi kaya. Saya tak mahu jadi orang yag lupa diri. Saya mahu dengan gembiranya, saya membantu mereka yang memerlukan tanpa sebarang was-was (tanpa ade sekelumit pikiran - cukup ke duit belanja aku bulan ni? )

Apa-pun, bersusah-susah dulu, bersenang-senang kemudian :)



No comments:

Post a Comment