Monday, October 17, 2011

Istimewanya Wanita Hamil dan Ibu Menyusukan Anak

Untungnya bila insan bernama wanita itu hamil mahupun yang menyusukan anak mereka ....

Jom sesama renung-renungkan :)
1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
Ya, sebaiknya kita tetap wajib solat walaupun amat la seksa untuk rukuk dan sujud apatah lagi di hujung-hujung kehamilan kan?Boleh duduk ...
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari.
Hmm kalau puasa penuh lagi dahsyat laba nye kan...
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji
Subhanallah, semoga terhapus dosa-dosa lalu...

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
Ya Allah, nikmat sungguh hadiahmu buat kaum bernama ibu cuma ku pohon, jangan kau amik nyawaku buat masa ini kerana masih banyak lagi yang belum sempat ku sempurnakan buatMu, buat Suamiku, buat ibu bapaku, keluargaku dan kasihanilah anak-anakku yang masih memerlukan kasih sayang dan didikanku, Amin.
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
Subhanallah, dapat melihat susu keluar ketika di pam pun cukup mampu menyebabkan air mata ku mengalir kerana HEBATNYA ciptaan ALLAH. Ditambahpula dengan apa yang diperoleh kerana memberikan susu badan kepada anakku.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
Moga apa yang ku laksanakan mendapat nikmat seperti ini.
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
Kalau Saffiya berjaya 2 tahun 7 bulan, semoga adiknya Syaheera Noramnina juga sekurang-kurangnya dapatku susukan sehingga 2 tahun 7 bulan jugak :)
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
Ya, Allah selepas ini akan ku cuba untuk tidak mengeluh atau bersungut walaupun saya sangat penat!
Kalau dibaca dari setiap nikmat dan kelebihan yang ada di atas, tiada sebab dan alasan untuk kaum ibu tinggalkan solat dan mengelak untuk tidak menyusukan bayi kan? Apapun, semuanya terpulang kepada individu: Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih!

No comments:

Post a Comment