Sunday, February 28, 2010

Kisah Syafia yg Mengharukan

Buletin Utama semalam amat menggemparkan kita semua dengan kisah Syafia. Seorang budak berusia 3 tahun, seusia dgn anakku. Dah la namanya pun didengar hampir serupa - Saffiya - Syafia. Sedih, pilu, sakit hati pun ada...hina sungguh manusia bernama 'Abang Mat' tu. Tak sangka sanggup dia dera budak sekecil itu yg baru jek nak tahu ..itu ape? mama...nenek ...atuk..sekadar panggilan...xreti apa pun!

Ya Allah,
Aku mohon, jauhkan perkara sebegini berulang lagi!

Seksa aku dengarnya dlm berita...ikut hati, nak jek aku belasah mamat tu. Tp takpe, kita ade sistem perundangan yg adil, biar pihak berkuasa tentukan.

Tak cukup dengan kesedihan yg dilanda ibunya, ade pulak pihak mengata dia sedang hamil akan anak 'Abang Mat'. Masya Allh, sabar ye Hanim (Nurhanim Aziz - ibu mangsa). Allah itu Maha Adil! Doakan biar 'Abang Mat' dapat balasan setimpalnya.

Berita penuh : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0228&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_29.htm

Antara berita-berita berkaitan:

http://berita-harian-online.com/azab-syafia-bedah-siasat/
KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau.

......sila ke http://berita-harian-online.com/azab-syafia-bedah-siasat/